Suzanah's avatar'
Suzanah3 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Apa patut saya buat jika rakan sekerja jenis makan gaji buta?

Sebenarnya saya bekerja di satu tempat, agak terkenal juga. (Tempat terpaksa dirahsiakan). Waktu kemasukan saya, sama dengan rakan saya dan kami diberi setiap sorang satu task yang sama sama untuk settlekan. Bab ni saya tak kisah sangat la kan, sebab kerja tapi awal awal, dia ni minta tolong saya sebab dia tak faham nak buat. Okay, mula-mula saya tak kisah sebab niat nak membantu, saya pun ajar lah. Tapi lepas ajar dia still minta tolong juga sebab dia kata dia tak faham. Tapi itulah, saya tengok dia tak ada usaha nak google ke apa ke, tanya orang lagi pakar ke, sebab kerja dia ni boleh je google kalau nak selesaikan. Ini, nak harapkan saya je. Kadang kadang, saya rasa macam saya buat kerja dia fully pun ada jugak. Sebab apa yang dia buat sendiri banyak yang tak betul. End up boss suruh saya juga betulkan. Tak adil rasanya sebab saya still ada kerja saya and kerja dia pun saya tolong buatkan. To be honest, kerja saya sendiri pun banyak. Tak campur lagi dengan ad-hoc tasks, tapi asyik nak kena tolong dia lama lama bengang la jugak. Tambah lagi, bila tengok social media nampak macam dia ni selalu buat kerja, tapi pada hakikatnya, saya yang tolong siapkan kerja kerja dia. kang kalau saya cakap kang, tak baik tapi nampak sangat dia ni jenis makan gaji buta. Lepas tu jenis bangga pulak bila kerja dia dah siap, tak sedar, kerja dia tu saya yang buat. Ugh. Okay tu jela saya nak luah kat min, banyak je lagi tapi ni ni jela. tak baik kan nak memburukkan nama orang cuma dah tak terluah dah min. Terima kasih sebab sudi membaca.
0
Hazel Ching's avatar'
Hazel Ching4 tahun yang lepas
Dulu pun ada kena...kadang kita tolong cover keje org...dah kita jadi permanent buat kerja tu...kerja sendiri pun berlambak...at last trpaksa sorok kereta & bagitau tak bawak kereta gi keje sbb asyik kene cover despatch...keje kita sape nk buat...senang je pergunakan kita utk kepuasan dia ..
0
Xin Yi Kwang's avatar'
Xin Yi Kwang4 tahun yang lepas
Kesian baca, sebab pengalaman ni saya kena 6 tahun lepas. Tapi adik kena faham...job scope lain-lain tapi hasil Team Work memang kita kena saling bantu membantu. Pada saya adik pun ada silapnya...kerana... membantu harus explain pada dia bukan bantu bulat-bulat. Beri dia template utk urus kerja..beri dia guide line sahaja. Bos suruh betulkan kerja dia tu, kena tengok juga apa bos minta tolong betulkan. Kalau rasa tak adil...otak penat,kena berbincang dngan bos sebaiknya. Bos akan dengar dan rombak semula untuk beri tugasan yang sesuai dengan rakan yang lambat pickup/slow learner tu. Kena tegur dia, dan terus terang je explain. Tak susah, sebenarnya ini masalah dengan adik yang tak tahu nak "say no" . Sometimes you need to learn to say no. Hormat diri sendiri...dengan ada prinsip. Jangan buat kerja orang lain..kerja sendiri terabai. Bawa berbincang dan capai penyelesaian! All the best!
0