Azim's avatar'
Azim4 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Saya tidak bersemangat untuk bekerja. Apa patut saya buat?

Hi. Saya sebenarnya ada masalah, saya pun tak tahu sama ada masalah saya ni normal ke tak. Yelaa muda lagi kan. Baru nak masuk bidang pekerjaan ni. Kadang kadang tak faham macam mana orang boleh kerja sampai 4-5 tahun. Ok cerita dia macamni. Saya berumur 19 tahun, saya start kerja umur 18 which is lepas spm. First kerja yang saya dapat ialah sebagai pembantu di satu kedai jam. Seronok kerja dekat situ sebab saya dapat belajar cara nak repair jam apa semua. Tapi lepas kerja selama 4 bulan, saya berhenti sebab saya rasa bosan. Yelah, jarang kan nak ada customer. Bukannya hari hari orang nak beli jam atau repair jam. Kadang tu memang takde customer langsung. Shift 12 jam tapi satu dua customer sahaja yang ada so masa yang panjang tu saya just duduk jelah. Berbual dengan rakan sekerja sampai shift habis. Disebabkan selalu sangat jadi macamtu saya dah rasa memang tak boleh kerja dekat situ sebab bulan terakhir saya kerja, saya tak boleh stop kira time "yeay lagi satu jam nak balik. duh, 5 jam lagi nak balik" hari hari selama sebulan sampai saya pun dah penat tapi memang tak boleh stop so saya decide untuk berhenti. Bila dah berhenti rasa seronok tu tak boleh nak describe. Saya asal dari keluarga yang biasa. Susah pun tak senang pun tak. Tapi saya tak tahu kenapa even saya tak kerja saya tak rasa pun nak ada duit. Saya tak mintak pun duit dekat mak dan ayah kalau nak beli apa apa. Sebab walaupun ada benda yang saya rasa nak beli tapi bila teringat "aku mana ada duit" jadi saya pun dah tak terasa nak beli. Benda tu dah biasa. Saya dah minta nak sambung study tapi sampai sekarang tak dapat. Jadi dah berbulan saya tak kerja. Saya dah mintak dekat banyak tempat dan saya diterima di dua tempat, kerja kedua saya kerja sehari sahaja lepastu berhenti. Kerja ketiga saya kerja dua hari lepastu saya berhenti. Saya mintak lagi kerja dekat satu company yang besar dan alhamdulillah saya dapat kerja tu dan harini ialah hari ke-5 saya bekerja tapi perasaan nak berhenti tu masih ada. Saya sendiri pun tak faham kenapa saya asyik nak berhenti setiap kali dapat kerja. Dan kerja kalini, saya bekerja di satu bahagian ni dan bahagian ni memang hanya ada 3 orang sahaja. Dan kami tak duduk sekali. Dan disebabkan saya dapat bahagian ni, saya tak bercakap dengan staff yang lain. Yelah, jumpa dengan staff lain pun masa nak masuk atau balik kerja, time rehat pun saya rehat sorang sorang. Setiap kali bangun pagi, saya akan cakap dengan diri sendiri "bosan kerja. takde kawan. duduk sorang sorang masa buat kerja". Saya cadang nak jumpa HR nak mintak tukar department tapi itu pun saya tak pasti lepas ke tidak sebab department saya sebenarnya memang tak cukup orang dan department saya sekarang ni ikut contract. Saya harap boleh la tukar sebab mana tahu kalau tukar department tu dapat membantu ke. Itu sahaja masalah saya. Kalau pembaca ada apa apa nasihat yang dapat membantu diri saya dari rasa nak berhenti kerja tolong share sebab saya kalau nak diikutkan saya tak kisah pun kalau tak kerja. Tapi ntahla, bila fikir balik sampai bila kan. Itu je, terima kasih.
0
Kenneth Pang's avatar'
Kenneth Pang4 tahun yang lepas
Normal kot. Sbb saya umur bawah 23 gitu mmg bnyk tukar kerja . Tapi tukar kerja sebb clash dgn cuti sem pe semuaa. Tak apaa awak. Skrg ni umur muda lagi tukar je laa selagi berdayaa. Kumpul pengalaman di semua bidang. Nnti da rasa tua ke komitmen da adaa. Da rasa pentingnyaaa kwsp baru fikir cari kerja bebtul tetap yang sesuai dengan diri. Mcm sayaa skrg ni pun still rasa nak tukar kerja gak tapi bila da kerja kerajaan berikat dgn kontrak nak ada perasaan itu ? Memang idok le memang kena teruskan juga dengan environmt skrg susah nak cari kerja. Sooo kesimpulan sayaa depends on you . Sbb umur awak gini better smbung study. Kerja just untuk pengalaman hidup. Tapi jyeaha still up to you . Goodluck !
1
Felicia Seoh's avatar'
Felicia Seoh4 tahun yang lepas
Mula2 je bosan sbb tkde komitmen dalam kerja n taktau skop tanggungjawab lagi. Bila dah tau dan dah ada tanggungjawab dlm kerja, tak sempat nk bosan dik 😂 lg nak ddk lama2 kt ofis nk siapkan kerja. Kau buat komitmen kewangan la dik, kau bosan pun nak taknak kne kerja 😝
1
Vei Ming's avatar'
Vei Ming4 tahun yang lepas
Kisahnya dik, kamu xde komitmen utk dibayar. Balik rumah dapat makan nasi dah tersedia. Rumah xpyh bayar sewa. Bawak2 istighfar, keluar dari rumah org tua, hdp berdikari, sewa bilik sdri, pergi kerja balik kerja mesti berpikir haa nk resign2 pon menung nanti. Cuba dulu, nanti update balik sini ye.
1
Justin Teo's avatar'
Justin Teo4 tahun yang lepas
Boleh cuba hidup merantau. Masa tu kerja yg adik anggap boring pun adik akn hargai. Sebab apa? Sebab dh ada komitmen. Takde keje takde duit mcm mana nk byr duit sewa rumah, mkn dan lain2😌.
1