Antara cinta & kerjaya, mana satu yang menjadi pilihan?
saya nak meluahkan something dengan min. Saya lepasan degree civil engineering and sekarang saya bekerja dengan pekerjaan yang related dengan course saya tapi typically, gender saya ni tak banyak dekat dalam industri tapi tak apalah, saya okay je.
Ramai yg tahukan, kerja ni memang penat & ramai yang stereotype sebenarnya tapi as long as someone happy dengan kerja diaorang, I believe that kerja diaorang akan penuh dengan keberkatan and I feel that. And I'm happy dan orang kata, jalan career saya dipermudahkan sangat sangat.
Ditakdirkan, saya ada berjumpa seseorang, he's working in government sector and yela, adat manusia, bila dah jumpa seseorang dan dah serious, of course we want to go to the next phase tapi masalahnya adalah, bila dia request untuk saya berhenti kerja selepas berkahwin. Reason why dia cakap macam tu, sebab dia kata dia mampu untuk tanggung I.
I don't really mind that tapi untuk berhenti kerja semata mata untuk berkahwin buatkan I terfikir fikir.. kenapa kena jadi macam tu. Why dua dua tak boleh berjaya? I don't want to be a full housewife. I ada degree, I do have stable career tapi kenapa I kena korbankan cita cita I semata mata untuk pergi ke fasa hidup seterusnya?
Sampai sekarang sebenarnya min saya berbelah bahagi. hati saya jadi berat, sayang tu sayang tapi saya pun sayangkan career saya. Saya pernah je slow talk dengan partner saya ni, tapi tak jalan. end up bergaduh besar. Pening kepala saya min.. hmm.
Harapnya doakan la saya dapat jumpa jalan yang terbaik min. I just want to keep my career & relationship. Tu je dari saya. Thank you min for reading.
Dear, Pls pilih career over your relationship. Sometimes kita kena pentingkan diri sendiri sebab at the end of the day, manusia akan buat keputusan hanya untuk kebaikan diri sendiri. Awak still muda, Love your career and love your future!