Hi mau kerja? Bolehkah saya report pejabat buruh jika company tak nak buat claim socso untuk saya? Sedangkan saya terlibat kemalangan pada waktu saya ingin ketempat kerja, saya mengalami putus jari
saya terlibat kemalangan beberapa bulan yang lepas, dan mengalami putus jari kelingking , retak tulang pipi dan patah dua batang gigi hadapan. Jadi malam selepas kejadian kemalangan itu family saya ada bertanyakan tentang claimed perkeso untuk saya pada PIC dan SUPERVISOR dan mereka mengatakan hendak melakukan claim perkeso itu untuk saya tetapi sampai harini saya tidak dapat apa² pampasan termasuk daripada syarikat yang saya bekerja itu dan sekarang saya sudah berhenti atas sebab jari yang putus sewaktu kemalangan itu belum betul² sembuh dan tak mampu nak melakukan kerja yang berat jadi bolehkah saya buat report pada pejabat buruh untuk mengambil tindakan pada syarikat tempat yang saya pernah bekerja itu?