hantar notis berhenti kerja tapi direject boss, hr ada satu je di company. jawapan hr bergantung pada boss
Saya nak tanya pakar hr. saya bukan bekerja kontrak, kerja swasta dan dan habis probation period dan dah kerja selama setahun. didalam letter offer tiada syarat tentang perletakan jawaran tetapi kalau ikut akta perlu letak notis 4 minggu. saya ada dapat tawaran kerja and akan masuk 1/11/23, saya dah tender notis ke hr company yg skrg ni 27/9, dan akan habis notis pada 26/10, tapi pada 27/9 ptg itu selepas tender, boss cakap dia tolak resign saya. adakah saya boleh meneruskan notis sebulan saya walaupon surat resign ditolak dan adakah gaji saya akan dibayar sekiranya tetap berhenti pada 26/10? sebabnya saya dah dapat better offer