Penalty yang dikenakan oleh syarikat sekiranya ingin berhenti.
Contract pekerjaan ada menyatakan sekiranya saya ingin berhenti, saya perlu membayar penalti seperti berikut
1. 3 bulan gaji - 2.3k per month
2. 3 bulan admin fee - 5k per month
3. 3 bulan training fee - 5k per month
Selama saya bekerja, tiada sebarang training yang diberikan oleh syarikat yang bernilai hampir 5k setiap bulan. Semua tugas yang dilakukan hanya diajar oleh pekerja pekerja lama yang bekerja di syarikat itu. Saya juga perlu menghantar notis berhenti 3 bulan. Namun, syarikat itu mempunyai hak untuk menangguh atau menyekat saya dari berhenti selagi saya tidak mencari pengganti dan training pengganti saya. Baru baru ini, syarikat juga ada mengeluarkan memo dan memaksa kami, pekerja untuk menandatangani memo yang bertujuan untuk menolak keseluruhan elaun kedatangan dan kenderaan sekiranya kami mengambil cuti (al/el/ul). Saya merasa tertekan dengan kontrak yang bagi saya berat sebelah. Gaji kami juga akan dipotong sekiranya kerusi syarikat yang sudah lebih 5 tahun itu rosak. sedangkan apabila rosak, syarikat hanya memanggil orang untuk membaiki kerosakan dan bukannya menggantikan dengan yang baru. Baru baru ini, syarikat jugak tidak membayar OT saya, sedangkan kawan sekerja saya dibayar OT.
Ada sesiapa yang boleh share cara untuk keluar daripada contract yang mengarut ni?