Apa berlaku jika tidak bayar denda disebabkan berhenti kerja 24 jam
Saya ada pergi training selama seminggu dan jika lepas saya akan diserap masuk sebagai pekerja, dan saya telah lepas pada peringkat training dan diserap masuk yakni saya telah terima offer letter dan sign surat. Pada hari pertama bekerja iaitu pada esoknya selepas training, saya telah menghantar surat berhenti kerja notis 24jam. Selepas sebulan, saya dapat gaji dari hari yang training dan di kenakan denda. Saya nak tanya, apa akan jadi atau apa kebarangkalian akan berlaku sekiranya saya tidak membayar denda tersebut? Mohon pencerahan