notis berhenti kerja 1 bulan atau 6 minggu walaupun saya cuma tandatangan confirmation letter (sahaja) tiada contract for service.
Saya nak resign dan dalam confirmation letter yang dipersetujui mula-mula saya terima jawatan ini telah dinyatakan di dalam confirmation letter tempoh untuk notis berhenti adalah selama sebulan dan tiada surat dari pihak syarikat selama tempoh saya bekerja yang menyatakan perubahan notis dari pihak majikan secara lisan dan notis.
bila saya letak notis majikan maklumkan untuk ubah notis dari 1 bulan ke 6 minggu. Disebabkan saya telah bekerja selama lebih 5 tahun. adakah ini hak saya untuk pertahankan notis saya 1 bulan atau kena ikut majikan yang menyatakan perlu letak notis 6 minggu. Untuk makluman juga, syarikat saya bekerja sekarang adalah syarikat yang tak mempunyai HR untuk rujukan. Dimana boleh saya dapatkan penjelasan yang lebih jelas untuk hak sebagai pekerja. Terima kasih