S***'s avatar'
S***1 tahun yang lepasResignation Concerns

Bolehkah HR tolong tuliskan surat resign untuk pekerja atas arahan pekerja tersebut?

Saya bekerja sebagai HR, sebelum ni majikan ada memberikan beberapa surat amaran kepada pekerja atas sebab prestasi kerja yang tidak baik. Setelah membuat perbincangan dengan pekerja, pekerja tersebut dengan rela hati untuk resign. Pekerja tersebut ada menyuruh saya (HR) untuk tolong buatkan resign letter bagi pihak dia dengan alasan dia tidak tahu untuk membuat surat berhenti kerja ( kerana sudah tua ) dan dia pun telah sign surat tersebut. Sekarang, pekerja tersebut datang ke JTK membuat aduan bahawa majikan telah memberhentikan dia. Jadi, soalan saya, adakah dalam kes ni saya sebagai HR salah kerana tolong dia menulis surat resign tersebut? Dan adakah majikan perlu membayar pekerja tersebut pampasan?
0
Amira Fathiah's avatar'
Amira Fathiah1 tahun yang lepas
Sebagai seorang HR, anda sepatutnya menasihati pekerja supaya membuat surat resign sendiri tanpa campur tangan anda. Dalam kes ini, anda seolah-olah tidak memberi pekerja pilihan dan terlibat dalam proses penulisan surat resign tersebut. Walaubagaimanapun, pada dasarnya majikan tidak perlu membayar pampasan kepada pekerja yang memilih untuk meletak jawatan tanpa sebab yang sah. Dalam kes ini, pekerja telah menandatangani surat resign dengan sukarela tanpa paksaan dari majikan, jadi tidak ada kewajiban untuk membayar pampasan. Namun, adalah penting untuk berunding dengan peguam yang mahir dalam undang-undang buruh untuk menilai situasi secara terperinci.
0