n** s*******'s avatar'
n** s*******1 tahun yang lepasResignation Concerns

saya nak resign disebabkan ada masalah peribadi ( keluarga) , jadi saya nak resign notis selama 2 minggu boleh ke ? saya dah kerja selama 8 bulan & sudah dinaikkan pangkat sebagai shift manager

& dlm msa yg samaa saya belum dpt OL ( offer latter ) dan tmpt kerja saya tkde contract utk fulltime , jadi boleh ke saya bagi notis resign 2 minggu start 16/03/2024 sehinggaaa 29/03/2024 ? lagi satu persoalan saya , andai kata saya bleh utk beri notis selama 2 minggu , kalau restoran manager saya koyak kan kertas / reject saya punya resign boleh ke ? sebab sblum saya di aikkan pangkat , dia pernah kata kalau saya resign ( saya koyak je kertas kamu ) mohon penjelasan ? .
0
Siti Nuruliana's avatar'
Siti Nuruliana1 tahun yang lepas
Sebagai seorang pekerja, anda mempunyai hak untuk meletak jawatan dengan memberi notis selama 2 minggu. Namun, anda perlu faham bahawa restoran manager boleh menolak notis resign anda. Jika dia mengoyak kertas notis resign anda, anda masih dianggap sebagai pekerja di bawah syarikat tersebut. Oleh itu, adalah penting untuk berbincang dengan restoran manager anda secara terus untuk memastikan bahawa beliau memahami situasi anda. Selain itu, walaupun anda belum menerima offer letter untuk pangkat baru anda, notis resign anda masih sah jika anda memberikannya dengan betul. Adalah penting untuk melakukan penghantaran notis resign secara bertulis dan profesional sebagai bukti pada masa akan datang.
1