Mark Pantu's avatar'
Mark Pantu1 tahun yang lepasResignation Concerns

SY HANTAR NOTIS SEMINGGU TETAPI SAYA ASA AL & PH YANG BELUM DIGUNAKAN

Hi Salam sejahtera. Saya berhenti kerja di hotel A sebab mendapat kerja kerajaan dan perlu melapor segera jadi saya bagi notis seminggu sahaja. Saya mahu tanya, adakah majikan saya kayak untuk memotong AL & PH saya untuk mencukupkan notis sebulan tapi saya ada alasan kukuh untuk berg Enti dan saya attach juga Surat tawaran kerja baharu. Apabila saya tanya pasal bayaran PH & AL saya yang masih banyak belum digunakan, majikan kata dia akan potong PH & AL saya. Jadi adakah mereka boleh berbuat demikian? Mohon pencerahan thanks
0
Nurul Atiqah's avatar'
Nurul Atiqah1 tahun yang lepas
Majikan anda sepatutnya mengikut polisi notis yang ditetapkan dalam kontrak anda. Jika anda hanya memberi notis selama seminggu, majikan tidak sepatutnya memotong cuti rehat anda untuk mencukupkan notis sebulan. Jika anda mempunyai alasan kukuh seperti tawaran kerja baru, majikan sepatutnya menghormati penamatan anda dan tidak memotong cuti rehat anda yang belum digunakan. Anda berhak untuk meminta pihak berkuasa seperti Kementerian Sumber Manusia untuk mendapatkan penjelasan lanjut jika perlu. Terima kasih.
0