Nak Berhenti Awal Sebelum Tamat Bond, Syarikat Carum KWSP Lambat
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak tanya pendapat mengenai situasi saya.
Saya sedang dalam bond kerja yang akan tamat pada Oktober 2025. Dalam surat bond, dinyatakan syarikat akan membuat caruman KWSP untuk saya. Namun, syarikat selalu buat caruman secara backlog (lambat beberapa bulan).
Bolehkah saya gunakan isu ini untuk berhenti kerja lebih awal tanpa perlu bayar apa-apa penalti seperti yang dinyatakan dalam surat bond? Adakah saya boleh buat tuntutan terhadap syarikat atau adakah isu ini cukup kukuh untuk saya dispute bond tersebut?
Terima kasih atas pandangan dan nasihat.