BAKI CUTI TAHUNAN YANG TIDAK DIGUNAKAN LAGI
Hi, saya staf berstatus kontrak dan sudah berkhidmat 1 tahun 10 bulan. Saya sudah menghantar notis pada 10/1/2026. Bermaksud tarikh akhir perkhidmatan saya jatuh 9/1/2026 TETAPI pada minggu terakhir, saya bercadang hendak menghabiskan baki cuti tahunan sebanyak 7 hari. Bila saya ajukan perkara ini kepada HR saya, dia tidak membenarkan saya menghabiskan baki cuti tersebut dengan alasan cuti saya telah di pro rate. Jadi sekiranya saya hendak bercuti juga maka saya perlu tulis surat mengatakan minggu terakhir saya akan bercuti menggunakan unpaid leave. Mohon bantu saya yang kurang arif berkenaan ini. Sekiranya saya boleh menghabiskan baki cuti tahunan saya, mohon bantu saya dgn alasan yang KUKUH seperti AKTA dan sebagainya. Terima kasih semua.