Boleh ke boss tahan gaji sebab saya hantar surat resign semata mata?
Saya bekerja di sebuah cafe, baru 2 bulan and sebelum saya mula kerja haritu, boss ada kata nak beri offer letter tapi sampai sekarang 2 bulan kerja dia masih tak bagi. Lagi satu, boss saya terlalu toxic dan mementingkan diri. Saya nak berhenti kerja kerana terlalu tertekan dengan kerja, saya mental disorder, otak saya selalu fikir negatif je, saya dah bagi Surat berhenti hingga hujung bulan tapi boss kata dia takkan keluar gaji untuk saya. Adil ke macam tu? Boleh ke saya bawa ke pejabat buruh?