Majikan mempunyai masalah kewangan. Pekerja lama yang diberhentikan pun masih belum terima gaji sehingga kini.
salam sejahtera, majikan saya mempunyai masalah kewangan. Hutang dengan supplier dari bulan 1 hingga sekarang tak dibayar. Gaji pekerja ada yang 5 bulan sampai pekerja berhenti pon masih tak dibayar. Saya baru kerja 2 bulan dengan majikan ini, gaji dibayar sehingga la saya di "confirmed" kan. Sejak dari itu, gaji saya tak dibayar. Ini nak masuk 2 bulan gaji saya tak dibayar.Ini kerana sekiranya sudah "confirmed", notis berhenti bekerja selama 3 bulan. Adakah saya perlu stay tunggu sehingga gaji dibayar, atau berhenti mengikut notis? Sila bantu saya.