W*** I******'s avatar'
W*** I******1 tahun yang lepasResume Review

Salam hi nak tanya macam mna nak buat resume utk daftar kerja kerani untuk lepasan SPM

0
Emmanuel Satau's avatar'
Emmanuel Satau1 tahun yang lepas
Resume sebaiknya seringkas yang mungkin. Kalau jawatan yang dipohon adalah grafik designer, mungkin boleh mereka bentuk resume yang menyerlahkan bakat anda. Dalam resume harus ada, gambar anda, nama, nombor telefon, emel dan pengalaman kerja.
0
Nurul Izzati's avatar'
Nurul Izzati1 tahun yang lepas
Untuk membuat resume untuk daftar kerja kerani lepasan SPM, anda harus memastikan bahawa maklumat peribadi anda lengkap, termasuk nama, alamat, nombor telefon dan e-mel. Selain itu, listkan kedudukan pelajaran terakhir anda serta mana-mana kursus atau latihan yang anda telah ikuti. Anda juga boleh menyatakan pengalaman kerja anda yang terdahulu, jika ada. Pastikan resume anda mudah dibaca dan senaraikan kebolehan dan kemahiran anda yang berkaitan dengan kerja kerani. Akhir sekali, sediakan satu ayat atau dua ringkas yang menyatakan mengapa anda mempunyai minat dalam kerja kerani. Semoga mendapat kerja yang diingini!
0