17tahun
0
Mengikut Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan), sebaik-baiknya remaja untuk memulakan pekerjaan berumur 18 tahun keatas. Jika umur dalam lingkungan 16-18 tahun adalah dalam kategori orang muda, hanya boleh membuat kerja ringan sahaja seperti kerja di dalam pejabat, kedai (termasuk hotel, bar, restoran dan gerai), kilang, bengkel, stor, pawagam, kelab / persatuan atau bekerja dengan ibu/bapa nya sendiri. Dalam kategori umur 16 tahun ada had tersendiri iaitu:
- Tidak boleh bekerja tnapa berhenti dalam tempoh 4 jam tanpa 30 minit masa rehat;
- Tidak boleh bekerja melebihi 7-8 jam sehari (seperti hari sekolah)
- Tidak boleh bekerja dari jam 8 malam hingga 6 pagi kecuali mereka yang terlibat dengan bidang hiburan, pertanian atau kapal yang merupakan milikan penjaga atau ibu bapa
- Dilarang untuk bekerja di dalam kawasan berbahaya atau pun melibatkan mesin yang boleh mendedahkan mereka dalam kepada bahaya. Walaupun begitu, mereka boleh melakukan kerja berbahaya tersebut disertakan dengan kehadiran penyelia jika pekerja itu berada dalam kontrak apprenticeship atau sedang menjalani latihan vokasional.
Harap info ini berguna.
1