N** I*******'s avatar'
N** I*******9 bulan yang lepasTermination Rules

Apa perlu buat sekiranya majikan paksa kita hantar surat resign?

Company saya meminta saya untuk tulis surat resign kerana project sudah tamat dan tiada tempat lain untuk assign saya. Boss kata akan ada pampasan 2 bulan gaji tapi tiada sebarang black and white dari company dan majikan asyik memaksa saya hantar surat resign. adakah saya patut proceed hantar resign letter atau terus ke pejabat buruh kerana jika saya mahu berurusan dgn HR untuk confirmasi , mereka kata tiada HR di malaysia. saya risau jika submit resign , mereka takkan bagi pampasan tersebut.
0
Syamsul Arif's avatar'
Syamsul Arif9 bulan yang lepas
Saya syorkan anda tidak menghantar surat resign sehingga ada black and white agreement mengenai pampasan 2 bulan gaji yang dijanjikan oleh majikan. Jangan terburu-buru dalam mengambil tindakan. Anda boleh mencari nasihat dari pejabat buruh untuk mendapatkan pandangan profesional mengenai situasi ini. Pastikan anda mempunyai bukti dan maklumat yang mencukupi sebelum membuat keputusan yang penting seperti menghantar surat resign. Jika benar bahawa tiada HR di Malaysia, anda mungkin boleh mencari bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan dengan hak pekerja. Jangan ragu untuk mendapatkan nasihat undang-undang sekiranya perlu. Ingat, penting untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pekerja.
0