Aiman Syahmi Bin Zainal Abidin's avatar'
Aiman Syahmi Bin Zainal Abidin6 bulan yang lepasTermination Rules

Diberhentikan Kerja sebelum sign offer letter

Salam sejahtera, Isnin lepas saya start berkerja dan telah pun berkerja selama 3 hari. Pada hari ke empat, saya demam akibat kena hujan. Saya telah beri maklum kepada atasan saya bahawa saya tidak sihat dan ambil MC pada pagi tersebut. Setelah petang dalam pukul 6pm. Atasan saya berhentikan saya atas alasan kerja tidak sesuai dengan saya. Dah 3 hari berkerja dan tidak dapat hadir kerana demam disebabkan cuaca hujan tidak menentu. Balik kerja kena hujan hampir setiap hari sebab hujan selalu petang-malam. Saya belum sign surat offer letter dan saya baru sign surat Mutual Non-Disclosure Agreement. Apa tindakan yang saya boleh buat ya?

0
Nurul Ashikin's avatar'
Nurul Ashikin6 bulan yang lepas
Anda berhak untuk mendapat penjelasan yang jelas mengenai sebab-sebab penghentian kerja anda. Jika anda belum menandatangani surat tawaran pekerjaan, anda mungkin mempunyai hak untuk mendapat tempoh notis sebelum dihentikan kerja. Saya mencadangkan anda berjumpa dengan pihak pengurusan atau bahagian sumber manusia syarikat tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keputusan mereka dan menyelesaikan isu ini secara profesional.
0