Termination of contract
dalam offer letter, contract kerja saya 2 tahun. effective date: 1 july 2023 - 1 july 2025. and dalam offer letter ada tulis:
“Termination Of Contract
By expired of the contract period or either party is required to serve 6 months’ notice in writing or 6 months’ salary in lieu of such notice is required before the expired of the contract period.”
So sekarang, saya nak resign lagi awal sebelum cukup 2 tahun contract. and saya dah hantar notis resign pada bulan 2 sebelum ni untuk saya resign akhir bulan 8 atas alasan untuk sambung belajar. tapi sekarang pihak majikan minta offer letter daripada universiti sebagai bukti baru dia boleh lepaskan saya. if saya tak bagi offer letter dari universiti dia tak bagi saya berhenti atau kalau saya nak berhenti saya kena bayar penalti 6 bulan gaji sebab dia kata dekat contract bagitahu 6 bulan notis hanya boleh bagi after dah cukup contract kerja 2 tahun.
so, sekarang saya kena bayar penalti pada company?