S*** R*****'s avatar'
S*** R*****3 bulan yang lepasTermination Rules

Majikan paksa berhenti kerja. Apa patut saya buat?

Saya nak tanya, kalau majikan paksa kita berhenti kerja, boleh ke macam tu? Tak adil rasanya bila kita dipaksa untuk letak jawatan tanpa alasan yang munasabah. Kalau kita tak nak berhenti, apa hak yang kita ada? Macam mana nak handle kalau majikan buat macam ni?

1
Nadia Abd Rasul's avatar'
Nadia Abd Rasul3 bulan yang lepas
Kalau majikan paksa berhenti kerja tanpa alasan munasabah, itu dianggap tak adil dan pekerja berhak menolak. Menurut undang-undang buruh Malaysia, majikan tak boleh memaksa pekerja letak jawatan sewenang-wenangnya. Pekerja boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau menuntut "constructive dismissal" jika diberhentikan secara tidak adil. Simpan bukti dan rujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
0