Mendapat notis pemberhentian kerja tanpa memberi warning letter dalam tempo percubaan tiga bulan.
Assalamualikum, saya nak tanya. Hari tu, saya mendapati notis pemberhentian kerja tanpa memberi warning letter dalam tempo percubaan tiga bulan. Saya amat terkejut bahawa HR sendiri mengatakan dia hanya mengikut orang atasan dan mengatakan saya tidak bertanya dan asyik bersendirian tapi dia tidak mendengar pihak saya. Walaupun, saya tak pernah mengambil MC dan clock in on time, tetapi saya mendapat notis pemberhentian tanpa warning. Saya ada juga saksi terutama ketua sendiri tapi ketua sendiri pun tak bersuara yang membuatkan saya terdiam dan dikhianati. Dengan ketidakfahaman saya, saya terpegun dan sain surat pemberhentian tersebut tanpa banyak cakap. Adakah ini normal?