Telah hantar surat resign
Saya ada menerima satu panggilan dari syarikat yang saya hadir temuduga ,merek memberitahu saya bahawa mereka telah memilih saya . Dan mereka telah bertanya pada saya bila saya boleh lapor diri kerana mereka ingin mengeluarkan offer letter saya dan memberi kepada saya untuk sign . Bila saya sudah jawab dan mereka setuju . selepas 1 minggu saya bertanya kepada mereka mengenai offer letter saya . Dan lalu mereka membuat panggilan , memberitahu saya bahawa mereka terpaksa hold pengambilan saya kerana staff mereka yang telah menghantar surat resign tersebut telah menarik balik surat tersebut atas sebab ingin resign pada bulan 10 . Dan mereka telah berjanji pada saya akan mengambil saya bekerja pada bulan 9 . Sedangkan saya telah menghantar surat resign kepada syarikat yang saya masih bekerja .
Apakah saya perlu lakukannya ? Saya jadi buntu , adakah saya perlu menunggu mereka atau cari pekerjaan yang lain? Dan bagaimana saya perlu percaya mereka yang mereka akan mengambil saya bekerja pada bulan 9