S*** N** T**** B**** Z***** A*****'s avatar'
S*** N** T**** B**** Z***** A*****2 bulan yang lepasMauLuah

Telah hantar surat resign

Saya ada menerima satu panggilan dari syarikat yang saya hadir temuduga ,merek memberitahu saya bahawa mereka telah memilih saya . Dan mereka telah bertanya pada saya bila saya boleh lapor diri kerana mereka ingin mengeluarkan offer letter saya dan memberi kepada saya untuk sign . Bila saya sudah jawab dan mereka setuju . selepas 1 minggu saya bertanya kepada mereka mengenai offer letter saya . Dan lalu mereka membuat panggilan , memberitahu saya bahawa mereka terpaksa hold pengambilan saya kerana staff mereka yang telah menghantar surat resign tersebut telah menarik balik surat tersebut atas sebab ingin resign pada bulan 10 . Dan mereka telah berjanji pada saya akan mengambil saya bekerja pada bulan 9 . Sedangkan saya telah menghantar surat resign kepada syarikat yang saya masih bekerja .

Apakah saya perlu lakukannya ? Saya jadi buntu , adakah saya perlu menunggu mereka atau cari pekerjaan yang lain? Dan bagaimana saya perlu percaya mereka yang mereka akan mengambil saya bekerja pada bulan 9

0
Sabrina Aqilah's avatar'
Sabrina Aqilah1 bulan yang lepas
Saya mengesyorkan bahawa anda sentiasa mempunyai rancangan alternatif jika situasi sebegini berlaku. Adalah penting untuk memikirkan keselamatan pekerjaan anda dan jangan menunggu secara berlebihan. Saya menggalakkan anda untuk mencari peluang pekerjaan yang lain sambil menunggu keputusan dari syarikat tersebut. Jangan lupa untuk meminta surat tawaran secara bertulis dan meminta jaminan dari mereka bahawa anda akan diambil bekerja pada bulan 9. Jika terdapat sebarang ketidakpastian atau kelewatan dalam proses ini, maka anda boleh meneruskan mencari peluang pekerjaan yang lain. Jangan terlalu bergantung pada satu syarikat sahaja.
1