Ada masa dan hari tertentu ke untuk bagi surat berhenti kerja ?
Saya kerja di kedai serbaneka yang popular iaitu 7-Eleven. Saya ingin berhenti kerja. Saya nak bulan September ni bulan terakhir saya bekerja di situ. Tapi mengikut keadaan sekarang ni, kami mengalami short staff. Hanya ada 2 staf full time sahaja yang mampu jadi cashier. 2 orang lagi tu foreigner yang tak berapa faham bahasa inggeris dan bahasa melayu. Mengikut keadaan saya sekarang ini, boleh ke saya beri surat resign kepada majikan saya atau sebaliknya?