Mana Payslip Saya? Payroll Ada Buat Ke Tidak? Boleh Ke Tuntut Semua Ni?
Hi,
Saya start bekerja pada pertengahan bulan May dan berhenti pada penghujung Ogos dengan Notice 1 Minggu sebab belum confirm. My concerns are, bermula dari July sampai Sept saya masih tak dapat payslip. Bila saya contact in-charge, diberitahu akan check semula dan itulah jawapan yang diberi berulang kali.
Another thing is, pada 26/08/2023 saya telah menghantar surat berhenti dengan 1 minggu notis,bermakna tempoh saya bekerja hanya sehingga 2/09/2023 sebab cuti pada hari Ahad. Tetapi saya telah mengambil Unpaid Leave pada 30/08,01/09 dan 02/09. Pada 31/08 itu Public Holiday jadi outlet kami tutup.
Another concern is, saya tak tahu payroll cut dari berapa haribulan sampai berapa haribulan. Disebabkan itu, saya tertanya adakah gaji untuk September saya dikira atau tidak?
Adakah ini sesuatu yang rasional untuk pergi ke pejabat buruh atau masih boleh dibawa berbincang? Kalau masih boleh dibawa bincang, both AM and Boss himself did not reply my text. Saya inginkan jawapan sahaja, adakah gaji untuk September saya dikira atau tidak? Is it legal to hold your staff salary?
Dalam offer letter juga tiada mengatakan tentang resignation rules or whatsoever,jadi saya masih tertanya sehingga sekarang.
To anyone who read this,please reply me and tell me what should i do. Thank you.