resignation date pada bulan April atau Oktober? Saya keliru.
Hi, saya seorang HR executive di sebuah syarikat SME. syarikat ni mempunyai seorang pekerja asing yang telah berdaftar di bawah RTK. pada akhir bulan April, pekerja tersebut telah memohon cuti untuk pulang ke kampungnya di Indonesia dan telah diberi persetujuan oleh bos saya. Bos telah memberi kelonggaran utk pekerja tersebut mengambil cuti dalam 1-2 bulan. akan tetapi, sehingga kini pekerja tersebut masih belum kembali ke Malaysia dan bekerja. bagi bahagian saya, nama pekerja tersebut masih berada dalam rekod syarikat di mana nama nya sentiasa ada dalam laporan Perkeso yang bernilai RM 0 drpd bulan Mei sehingga bulan Okt tahun ini. Oleh kerana saya masih belum berpengalaman di bahagian ini.. apa perlu saya lakukan?Bagaimana dengan tarikh perletakan jawatan staff tersebut? perlu letak pada hari terakhir bulan April2023 atau bulan Oktober2023. permit pekerja tersebut tamat pada 12 Okt 2023