Pengalaman akak kerani dah lebih 20 tahun tapi gaji masih di bawah minimum. Berapa gaji yang sepatutnya akak ni dapat?
Hi, saya nak tanya kepada mereka yang berpengalaman dalam urusan penetapan gaji berdasarkan pengalaman. Baru-baru ni, saya ada sembang dengan akak kerani di syarikat saya. Sembang-sembang, rupanya akak ni dah bekerja lebih daripada 20 tahun di syarikat ni. Yang buat saya terkejut, gaji akak ni tak sampai minimum gaji yang sepatutnya, bawah RM1,500. Kalau baru kerja, mungkin ok lagi. Ni dah lebih 20 tahun. Saya plan nak tolong akak ni sebab kerja dia banyak tak setimpal gaji yang dia dapat. Cumanya, saya tak tahu berapa gaji yang sepatutnya dia dapat. Harap ada siapa-siapa yang boleh bagi pandangan. Terima kasih