Minta pendapat mengenai perlu ke terima tawaran majikan dan bond dengan company.
Assalamualaikum semua, saya nak minta pendapat, skrg sy bekerja di company sbgai QC chemist waktu bekerja 8.30-5 pm jumaat cuti. Majikan offer untuk ambil lesen cepietso dan perlu bond dengan company selama 5 tahun tapi majikan tak provide elaun and other benefit, hanya tolong byarkan yuran pendaftaran. Untuk kenaikan gaji, majikan tak dapat janji untuk kenaikan gaji, dan sekarang gaji saya bawah 2000. Sy nak minta pendapat adakah saya patut terima tawaran tersebut atau cuba cari peluang pekerjaan di tempat lain?