N**** A** R****'s avatar'
N**** A** R****3 bulan yang lepasAbout Salary & Benefits

Majikan tak bagi slip gaji dah hampir 3bulan..Boleh ke macam tu?

Majikan aku dah hampir 3 bulan tak bagi slip gaji dan aku tertanya-tanya boleh ke macam tu? Setahu aku, slip gaji ni penting untuk rekod dan sebagai bukti pendapatan bulanan kita. Kalau macam ni, susah nak tahu potongan yang dibuat atau jumlah sebenar gaji. Ada tak cara untuk aku tuntut hak aku sebagai pekerja?

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****3 bulan yang lepas
Majikan wajib memberi slip gaji setiap bulan mengikut undang-undang buruh Malaysia. Slip gaji penting untuk rekod potongan dan pendapatan. Jika majikan tak beri slip gaji, cik berhak untuk tuntut hak tersebut dengan meminta secara rasmi daripada majikan. Jika masih tiada tindakan, cik boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut.
0