Gaji terlampau rendah buat masa sekarang tapi syarikat mega tetap untung walaupun covid sebab ramai yang lapar selalu order makanan melalui panda.
Saya ada diploma dalam bidang komputer dan sebelum ini kerja gaji RM5000 kebawah total termasuk OT dan sy resign sbb syarikat tutup akibat covid. Memandangkan musim covid tiada kerja melibatkan komputer sy apply untuk kerja restoran , tapi job yang mereka offer hanya kitchen crew atau service crew gaji bermula RM6 sejam dan overtime 1 jam / RM9 , kerja setiap hari 9 JAM / cuti sehari dalam 7 hari bekerja, RM1482 kebawah bonus belum masuk dan itu gaji belum tolak socso dan epf. Elaun kedatangan tiada di beri. sbb kerja skrg byk partime. kalau nak fulltime kena kerja 3-6 bulan baru dapat dinaikkan ke fulltime. Kerja di restoran amat teruk ya penat sangat tambah dgn pakai mask lemas tuhan sahaja yg tahu. Perangan staff pun ada yg agak pembuli dan kurang ajar kepada pekerja baru mereka yg dah lama bekerja atas 1-4 bulan suka curi tulang dan biar pekerja baru yg buat semua kerja mereka. Harap yang dapat bertahan jgn berhenti kerja amat susah skrg nak dpt yg sesuai dgn kita. Staff tempat kerja ramai yang muda 18-22 tahun jadi korang yg tua kena sabar dgn perangai kurang matang dorang. Semoga kita berjaya dunia akhirat , cari kawan yg baik , tinggalkan kawan yg jahat yg bakal ke neraka.