Hai, saya nak tanya... do you guys pernah rasa social anxiety for more than 6 months? macam mana korang atasi social anxiety tu?
Saya akan mula latihan industri bulan Mei ni, tapi sepanjang saya nak mohon penempatan ni, saya selalu rasa gementar, rasa nak menangis, rasa sesak nafas. Saya selalu rasa bahawa kalau saya masuk intern, saya akan buat silap, akan dikecam. saya juga sangat takut untuk berkomunikasi dengan orang asing.. saya sudah cuba mengelak situasi berhadapan dengan orang ramai. ia melegakan saya untuk jangka masa yang pendek kemudian rasa panik, resah dan risau itu akan datang kembali sehingga menyebabkan saya rasa loya. jadi pada pendapat anda, adakah perkara ini boleh diatasi sendiri atau perlukan nasihat pakar perubatan atau kaunselor?