Notis Berhenti Kerja Satu Minggu tetapi Majikan Mahu Notis Lebih
Selamat sejahtera.
Saya ingin bertanya...
Saya masih lagi di dalam tempoh percubaan dan saya juga telah menerima offer letter daripada majikan seminggu selepas saya mula bekerja.
Di dalam offer letter tersebut telah tertulis;
"Semua pekerja yang baru dilantik dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 bulan. Dalam tempoh ini perlantikan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan notis satu minggu."
Persoalan saya adalah adakah saya mempunyai hak untuk memberikan notis berhenti kerja satu minggu kerana saya telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik di tempat lain?
Selain daripada itu, adakah majikan mempunyai hak untuk mengarahkan saya meletakkan notis lebih daripada apa yang tertulis di dalam offer letter dan menahan saya daripada berhenti kerana masih tiada pengganti?
Dan, dalam masa satu minggu daripada penyerahan notis tersebut, adakah saya masih layak mendapat cuti rehat 1 hari atau saya harus bekerja sepenuhnya selama satu minggu itu?
Maaf kerana mempunyai banyak soalan. Saya buntu dan memerlukan bantuan.
Terima kasih.