Boleh ke Majikan saman pekerja jika bekas pekerja memadam akaun Shopee yang dibuat dan diusahakan pekerja tersebut.
Adik saya sedang bekerja di kedai supply barang bakery. Pada mula dia bekerja , kedai tersebut hanya berniaga secara offline semata-mata. Adik saya memberi idea untuk buat akaun shopee dan lazada untuk menaikkan sales kedai. Dan sekarang memang sales naik dan sudah ada 10k followers. Sehinggakan boleh buka cawangan baru. Namun cara majikan melayan adik saya adalah sangat tidak baik. Kerja bertambah tapi hanya adik saya sahaja uruskan bahagian online A-Z . Dari layan customer, marketing, hingga lah packing barang. Gaji masih sama dengan staff lain. Adik saya perempuan dan ada baby 3bulan. Majikan akan marah teruk jika dia ambil EL anak sakit . Dia pernah keguguran sebelum ini kerana stress dengan kerja. Kerja 10jam sehari kadangkala terlebih masa . Namun tak dibayar OT. Juga waktu rehat terganggu dek kerana kerja yang tak habis2. Adik sy decide nak berhenti tapi dia nak padam akaun shopee dan lazada tu sebab dia yang create A-Z . Dan majikan dia tak reti buat pun online sales. Kalau dia buat begitu, majikan boleh saman dia ke?