S*** A***** B**** A********'s avatar'
S*** A***** B**** A********6 bulan yang lepasOther Career Advice

Nak Cari Kerja Yang Bersesuaian Dengan Passion

Hi Semua,

Saya nak kongsi kisah saya. Sekarang saya bekerja dalam bidang IT, gaji besar jugak, tapi stress teramat. Saya berniat nak tukar bidang, even gaji lebih rendah daripada sekarang, saya ok. Sebab saya tak mampu nak handle stress, tidur malam tak lena, asyik fikir dan risau pasal kerja. Mohon nasihat semua, boleh ke saya tukar bidang? Sebab banyak dah saya apply, tapi masih belum ada rezeki. Yang dapat mostly kerja sama bidang. Saya bukan nak kerja yang senang, tapi kerja tu bersesuaian dengan kemampuan saya.

0
Waqiah Aqilah's avatar'
Waqiah Aqilah6 bulan yang lepas
Tentu sahaja anda boleh tukar bidang jika merasakan bidang IT tidak lagi bersesuaian dengan kemampuan dan passion anda. Walaupun gaji mungkin lebih rendah, namun kebahagiaan dan kesihatan mental anda lebih penting. Anda boleh mencari peluang-peluang dalam bidang lain yang lebih sesuai dengan minat dan kemampuan anda. Mungkin anda boleh mengambil ujian kebolehan atau konsultasi dengan pakar kerjaya untuk membantu anda menentukan bidang yang lebih bersesuaian. Jangan berputus asa, rezeki akan datang pada masanya. Ingatlah, kebahagiaan dan kesihatan anda adalah yang terpenting.
0