Mahu menukar career, tetapi risau kerana bidang itu lari daripada yang saya belajar selama ini. Ada ke syarikat yang mahu mengambil oranng yang totally zero knowledge especially in office management?
Hai, saya telah bekerja dalam bidang fnb selama 3tahun (graduate in culinary). Sepanjang tempoh bekerja saya baru sedar bahawa saya tidak mahu menuruskan bidang ini lagi. Banyak faktor, antaranya jadual kerja tidak teratur dan masa bekerja yang panjang. Saya mahu menukar career akan tetapi saya mempunyai perasaan yang sangat takut mahu mencuba benda yang baharu kerana bimbang ianya tidak bersesuain dengan saya. Saya mahu mulakan dengan clerk/admin. Ada apa-apa nasihat untuk saya supaya dapat mengatasi masalah takut ini?