N** A****'s avatar'
N** A****1 bulan yang lepasOther Career Advice

Tak Banyak Pengalaman Bekerja

  1. Perempuan, 26 tahun

  2. Ada pengalaman bekerja sebagai cashier sebelum melanjutkan pelajaran (Diploma Pengurusan Teknologi dan Pejabat)

  3. 2021 habis diploma

  4. Takde intern

  5. Tak sambung degree

  6. Oktober 2022 - Februari 2025 bekerja sebagai babysitter

  7. April 2025 bekerja sebagai packer (part time)

  8. Jun 2025 bekerja sebagai warehouse assistant (part time)

  9. Ogos 2025 bekerja sebagai floor staff (part time)

Saya tiada pengalaman bekerja dalam office tapi buat masa sekarang, saya ingin mencari kerja kerani / admin atau apa-apa yang bersesuaian dengan course yang saya ambil. Perlukah saya

  1. Mencari kerja part time terlebih dahulu supaya saya boleh dapat pengalaman dan kemahiran sebelum memohon kerja full time?

  2. Memohon kerja contract?

  3. Boleh terus memohon kerja full time?

Agak down juga sebenarnya memikirkan saya lepasan diploma Office Management tapi saya tak tahu apa-apa berkaitan dengan kerja office (buat invoice, filing, etc). Silap saya juga dulu tak terfikir nak cari kerja part time office dan banyak berfoya-foya.

Mohon tunjuk ajar atau tips dari sesiapa yang pakar. Saya buntu sangat sekarang ni. Terima kasih.

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****2 minggu yang lepas
Awak sebenarnya dah boleh terus apply kerja full time sebagai kerani/admin walaupun belum ada pengalaman office sebab majikan memang faham fresh grad perlukan masa untuk belajar. Sementara tunggu panggilan interview, awak boleh belajar sikit-sikit asas kerja office (Excel, Word, filing) dari YouTube supaya lebih yakin. Jangan down, yang penting cuba apply dulu sebab pengalaman sebenar tu hanya datang bila awak dah mula kerja.
0