m*******'s avatar'
m*******4 tahun yang lepasOther Career Advice

Mula bekerja lewat, tapi masih boleh berjaya.

Salam min. Saya ada kisah tentang pengalaman saya sendiri. Saya bukan nya muda lagi dah dekat nak masuk 50 dah umur. Tapi saya rasa saya nak kongsikan pada pembaca di mauluah. Kisah saya bermula pada umur saya 30-an. Sebab apa bermula dari situ sebab saya mula bekerja umur tu setelah suami saya meninggal dunia dan saya kena tanggung keluarga saya. Saya ni belajar takat spm jer , lepas tu saya terus dirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan saya , saya tak pernah terfikir nak cari bekerja sebab saya memang full time housewife. Tapi dah ditakdirkan saya terpaksa bekerja disebabkan saya rasa tanggungjawab saya utk jaga and support anak anak saya. Saya tak mahu susahkan orang lain. So saya buat keputusan untuk bekerja pada umur 30. Mula mula nak cari tu memang susah sebab saya langsung tiada kelayakan akademik untuk bantu saya dapatkan kerja. Saya tak memilih kerja dan alhamdullilah saya bekerja sebagai seorang kerani kepda sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan. Produk kesihatan tu pun dah jadi antara yang popular di malaysia sekarang ni. Tapi saya taknak kongsi di sini. Gaji memang kecil tapi cukup untuk anak anak saya dan diri saya. Saya bangga dan bersyukur kerana owner syarikat ni sanggup amik saya dan beri tunjuk ajar sepanjang saya bekerja dengan dia. Rezeki saya , setelah beberapa tahun saya bekerja di sana saya dapat membuka produk saya sendiri atas tunjuk ajar boss saya. Kini saya ada syarikat saya sendiri dan alhamdullih bukan hanya dapat bantu keluarga saya tetapi dapat membantu orang lain juga. Nasihat saya pada semua jobseeker di luar sana, jangan berhenti untuk teruskan usaha utk mendapatkan kerja dan jangan sesekali jadikan umur kita halangan utk kita berjaya. Pada adik adik yang masih belajar teruskan belajar . Percayalah dengan adanya ilmu itu ada masa depan yang cerah untuk awk semua. Mungkin luahan ini tak seberapa tapi saya harap pengalaman saya ini dapat bantu orang lain luar sana.
0
Mohd Aqil's avatar'
Mohd Aqil4 tahun yang lepas
thank you aunty for your words.
0