Majikan menyuruh berhenti lebih awal dari resign notice yang dihantar
Hi, saya telah menghantar resign notice kepada majikan dan tarikh akhir bekerja adalah 9/8/2023 dan baki AL saya ialah 2.5 hari. Hari ini saya menerima acceptance of resignation letter memaklumkan hari last berkerja adalah 31/7/2023 dan baki AL saya adalah 0 hari. Alasan majikan untuk saya berhenti lebih awal adalah kerana majikan tidak mahu membayar sewa rumah untuk bulan 8. Untuk makluman, saya berkerja di bidang construction, jadi majikan perlu menyediakan rumah kami dan contract antara tuan rumah juga akan berakhir pada hujung bulan 8. Baki AL saya 0 hari kerana di tolak untuk hari yang sepatutnya saya bekerja di bulan 8. (9 hari bekerja utk bln 8 - 2.5 AL, 6.5 UL).
Persoalan saya di sini, boleh kan majikan menyuruh saya berhenti awal, dan baki hari bekerja dikira sebagai AL & UL tanpa persetujuan saya? Bolehkan saya menuntut hak gaji selama 9 hari (bln 8) kerana majikan yang menyuruh saya berhenti awal?