Saya Masih dalam tempoh percubaan Dan baru keluar hospital, Nak berhenti kerja dengan notis 24jam tapi boss tak bagi , boleh ke saya berhenti 24 jam tanpa notis? Please tolong saya
Saya baru keluar hospital kerana Ade masalah paru² , sebelum ni tak pernah ada baru saja ada masalah paru², nak sebulan saya warded lepastu bila dah discharge saya terus Masuk kerja tapi office mereka terlalu sejuk Dan membuat kan saya tak boleh bernafas. Hari pertama Masuk kerja lepas discharge dari hospital saya masuk Zon merah lepas ambulance datang ambik di office. Lepas keluar dari Zon merah saya Cuba Masuk office lagi Dan disebab kan keadaan terlalu sejuk saya jadi susah nak bernafas lagi. Mereka mintak saya buat surat Dan cuti tanpa gaji selamat sebulan. Saya dah buat surat Dan tempoh cuti sebulan pun nak habis . Saya dah jumpa boss untuk berhenti dengan notice 24 jam atas sebab kesihatan saya . Mereka pun dah tau Tentang kesihatan saya Dan saya tak boleh Masuk kerja dalam keadaan sejuk. Boss tu tak terima notice 24 jam saya Dan minta saya untuk bagi notice sebulan Dan Masuk kerja sebulan atau bayar sebulan gaji dekat dia baru dia terima saya resign. Lepas balik saya semak balik surat yang saya sign Masa Masuk kerja , di bahagian resign dia hanya letak perkerja yang dah confirm perlu bagi notis 2 bulan atau bayar 2 bulan gaji kalau nak resign Dan tidak sebut apa² bagi staff tak confirm