terminate 24 jam tanpa notis dan hr pusing cerita pula, mcm mana nak buat?
Assalamualaikum,
pada 19/11/2023 saya telah hantar surat resign, and hr acknowleged surat tu.
then pada 4/12/2023, saya terbuat satu kesilapan kecil semasa bekerja, terus dapat arahan dari boss untuk handover kerja saya pada HOD. Ayatnya begini "Hi Fira, based on your resignation letter dated 20 November, further to management deliberation, we agreed to let you early release on 4 December. Kindly arrange the necessary handover to Noor today."
Noor please take over the AR portfolio immediately. "
Sedangkan masa tu takda apa apa perbincangan pun dengan saya untuk early release yang disebutkan tu.
Keesokkan hari, team member saya tnya dgn hr kenapa saya tak datang, pihak HR sendiri yang cakap saya di terminate 24jam.
Bila saya tnya head HR tentang gaji, dia pusing cerita pula, dia cakap takde terminate saya, if tak agree boleh sambung sampai habis notis, if agree kena sign surat early release. tapi masa dia bagi arahan tu takde pun dia tnya agree atau tak.
Tiap tiap hari HR mesej minta saya sign surat setuju early release tu. saya ignore, dah lps 4 hari saya dapat surat tunjuk sebab. sebab tak datang kerja 3 hari dah dia gunakan clause leave dalam surat tu.
saya ada tnya jtk, kalau ikutkan mmg company salah sbb ayat tu dah terang terang terminate saya. HR pun inform benda yang sama pada team member saya.
Termasuk saya dah 3 org kena mcm ni dalam 3 bulan ni.
Minta pandangan macam mana nak buat untuk company mcm ni. Terima Kasih.