patut ke saya rasa yang certain pekerjaan under f&b ni kadang gaji tak relevan dengan skop kerja. Mostly yang saya dapat semua gaji around rm1000-rm1200
Saya merupakan lulusan Food Technology tapi sekarang keje bahagian sales secara kontrak selama 6 bulan sebelum diserap masuk. Sekarang bulan keempat.
Sebelum sign contract dulu, bos saya cakap sepanjang probation period saya tak perlu risau pasal target sales sebab tempoh probation untuk saya belajar. Tapi sejak pkp ni bos asyik push saya untuk capai target sales. Dan bos selalu ugut tak nak sambung kontrak saya dan tolak gaji.
Persoalan saya, bolehkah bos ugut saya macam tu sedangkan kontrak saya ada lagi 2 bulan berbaki?
Kalau sekarang ni saya keje bahagian sales, nanti kalau saya dapat keje bahagian lain, adakah saya boleh minta gaji sekarang? Atau kena start gaji as fresh grad balik? Dan adakah saya dikira takde pengalaman untuk keje kedua
sekiranya saya berminat untuk memohon kerja dalam bidang yang tidak berkaitan dgn kelulusan, sejauh mana permohonan saya akan dipertimbangkan? kerana saya fresh graduate yang belum ada pengalaman dalam bidang tersebut.
saya sedang mengambil professional certificate dalam bidang finance. soalan saya, dalam bahagian manakah pada resume saya, perlu untuk saya letak kelayakan profesional tersebut? adakah di bahagian 'education' atau di bahagian khas yang dinamakan 'professional certificate'?
adakah tahun penglibatan dipertimbangkan untuk letak dalam resume? contohnya, bagi fresh graduate, penglibatan dalam kokurikulum 4 tahun ke bawah sahaja yang sesuai diletakkan dalam resume.
Saya ada masalah dekat tempat kerja yang lama, yang mana majikan still tak bayar gaji untuk bulan 3. Dah sebulan dah, tapi still takda perkembangan. Pendapat HR, apa patut saya buat ye untuk dapatkan hak saya ?
Saya buat keputusan utk extend semester dan bekerja sbb saya tak dapat biasiswa utk belajar. Saya decide utk kerja dlu sbb subject yg tggal boleh ambil dgn student part time. Soalan saya, patut ke saya letak details current study yg tgh extend sekarang dkt resume atau cv ?